Latar Belakang Syarikat

Kuda Laut Enterprise (KLE) adalah syarikat yang menjalankan perniagaan seperti Civil Contractor, Oil & Gas Division, Supply, Services dan Traiding. Latar belakang  KLE adalah seperti gambarajah di bawah.




PENGENALAN

    Dengan bebesar hati dan seluas pengharapan untuk menjadi diantara mereka-mereka yang berjaya, kami berusaha untuk bersama menjelajah dunia ini bagi merealisasikan keinginan kerajaan, pihak swasta serta golongan marhain, memberi dan membuka sebanyak mungkin peluang-peluang pekerjaan kepada mereka samada secara langsung ataupun sebaliknya.


    Oleh itu, Kuda Laut Enterprise (KLE) telah ditubuhkan untuk menyahut keinginan badan-badan yang berkaitan bersama-sama menjayakan hasrat mereka. Sebagai salah sebuah syarikat kepunyaan 100% bumiputra, KLE berharap dan amat bersyukur sekiranya pihak-pihak yang berkenaan bersama-sama dalam bantu-membantu menyebarkan informasi-informasi terkini, berkenaan apa-apa sahaja yang berkaitan perniagaan. KLE boleh dilayari melalui http://kudalautenterprise.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat.


‘Kajang tuan kajang berlipat,

Kajang kami mengkuang layu,

Dagang tuan dagang bertempat,

Dagang kami musafir lalu.’
   Ironinya, sebagai syarikat yang baru ditubuhkan merasakan amat memerlukan sesuatu yang dapat menyerlahkan keyakinan kepada pihak-pihak yang berkenaan, justeru KLE telah mempericikan kelayakan mereka-mereka yang ingin terbabit secara langsung atau sebaliknya. Maklumat ini boleh diperolehi di dalam blog.

   Akhir kalam, hanya ucapan syukur dan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak-pihak yang berkenaan menyambut huluran hajat dan melebarkan keikhlasan senyuman.